Tuesday, June 15, 2010
Thursday, June 10, 2010
Boikot Produk Israel Laknatullah


Tuesday, April 13, 2010
Hukum Memegang Babi & Anjing

Berkenaan dengan isu menyentuh,memegang,merawat,memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh babi dan anjing yang haram disentuh?? Berdasarkan apa yang saya pelajari sehingga ke Universiti Al-Azhar,Mesir menyentuh najis Mughollazoh tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap babi dan anjing. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh babi dan anjing yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah, Namun kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.
Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam
Thursday, April 8, 2010
Peringatan Buat Kita Orang Islam Yang Beriman Kepada ALLAH
Siapakah orang yang paling bijak ? Tanya Sahabat Nabi.. Nabi menjawab : "Mereka yang bijak ialah yang paling banyak memperingati MATI".
Marilah kita berkerja seolah-olah hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah MATI esok hari..
Ya Allah Permudahkanlah perjalanan hidupku di dua rumah iaitu Dunia dan Akhirat... Amin...
Wednesday, March 31, 2010
Berpakaian Tapi Telanjang
Islam ada menyebut bahawa rambut wanita itu adalah haram untuk dilihat lelaki, jadi kesalah tafsiran berlaku disini di mana kaum wanita lebih utamakan menutup rambutnya daripada anggota badan. Sebenarnya, maksud hukum Allah tu adalah “sedangkan rambut wanita yang takde nilai & sama dengan rambut lelaki tu pun haram, apa lagi bahagian2 wanita yang lain”. Itu sebenarnya maksud hukum ini.
Marilah sama2 kita betulkan cara pemakaian kita, isteri2 kita dan anak2 kita.Semoga kita bersama dengan orang-orang yang di sayangi oleh Allah S.W.T.Insyaallah
Tuesday, March 16, 2010
Mencorak Anak
Jika kita perhatikan kain batik yang indah coraknya apatah lagi jika digubah menjadi pakaian yang cantik rekaannya, kadang kita lupa bahawa ianya bermula dengan kain tanpa warna yang bersih tanpa ada sedikit pun kotoran . Jika kain tersebut kotor maka pasti akan memberi kesan kepada corak yang akan dilukis serta warna yang bakal digunakan. Kita tahu juga bahawa setiap anak yang dilahirkan itu adalah ibarat kain putih, dan itulah yang dinamakan fitrah. Ianya begitu bersih dan menerima apa sahaja corak yang bakal dicoret diatasnya dan kemudian membentuk perlakuan mengikut corak yang telah dilukis tadi.Kain putih yang datang dengan fitrahnya itu amat bergantung kepada orang tuanya untuk memberi corak samada ia corak yahudi, nasrani mahupun majusi. Jika itu corak yang kita lukis maka kita telah melakukan banyak kesilapan dan pelaburan kita. jika corak yahudi kita taburkan tidak pula bermakna si kain putih ini menjadi orang yahudi tetapi apa yang pastinya dia akan membawa sikap yahudi dalam dirinya. Dia akan sentiasa ingin duduk di atas dan sentiasa merasakan bahawa dirinya adalah yang terbaik. Keegoaan yang tinggi ini bukan sahaja akan membawa kemusnahan hidup pada si anak tetapi mungkin juga kepada orang tua kerana berkemungkinan mereka akan disisihkan dari kehidupan si anak.
Kita mungkin melihat bahawa takrifan samada ibubapa yang membentuknya samada menjadikannya seorang yahudi, nasrani, majusi mahupun Islam bermaksud agama yang akan dianuti. Itu satu kesalahfahaman yang besar. Ianya sebenarnya juga merujuk kepada kiasan jalan hidup. Kalau cara kita mencorakkan anak ialah cara nasrani maka kita akan dapat melihat corak kehidupan anak di masa hadapan cenderung kepada nasrani. Inilah yang dimaksudkan yang kadangkala kita ambil ringan kerana pada fikiran kita mereka sudahpun beragama Islam dan mana mungkin mereka menjadi selain dari Islam. Namun kita lupa bahawa Islam warisan hanya mungkin bermaksud pengakuan namun pada kehidupannya adalah corak yang sudah dibentuk dari kecil.
Kali ini saya ingin mengupas tentang apakah yang dimaksudkan dengan mencorakkan anak. Cuba kita renung dan buat satu pemerhatian. Cuba kita ambil sehelai kain putih yang bersih dan bentangkan di hadapan kita untuk kita corakkan. Sebelum kita mencorakkan apakah yang perlu kita lakukan seandainya kita bukan seorang pelukis. Sudah pasti kita akan memikirkan apakah yang perlu kita lakukan untuk melukis dan warna apakah yang sesuai serta corak sebagaimana yang patut kita coretkan di atasnya.
Itu bagi kita yang tidak pandai melukis namun bagi mereka yang berjiwa seni mereka terus sahaja memegang alat untuk mencanting untuk melakarkan corak. Mungkin kita berkata “ oh itu memang tugasnya, jadi memang lah mudah untuk mereka lukis”. Bagi saya itu hanyalah kata-kata mereka yang kurang mengkaji dan membuat pemerhatian atas kehidupan. Mereka sebenarnya melukis dengan penuh perasaan dan adakalanya mereka melontarkan perasaan mereka di atas kain putih samada mencanting batik mahupun melukis lukisan.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah seorang pelukis akan melukis dengan penuh kesenian dan kesenian itu datang dari perasaannya. Dia membentuk setiap strok lukisan dengan jiwanya dan hasilnya pasti akan menyenangkan hatinya. Tetapi berbeza dengan mereka yang tidak berjiwa seni, mereka membentuk lukisan dengan apa yang difikirkan bagus tanpa ada jiwanya. Maka lukisannya akan berhadapan dengan banyak kemungkinan, mungkin cantik, mungkin tidak. Dan sekiranya tidak, mudah sahaja, tak perlulah kita fikirkan untuk menggantungnya jauh sekali menjualnya.
Jika sekiranya lukisan itu cantik, mungkin tanpa sedar kita telah melukisnya dengan penuh perasaan dan mungkin kita telah meniru satu bentuk lukisan yang lain. Kemungkinan yang berlaku ialah kita mungkin menjualnya dengan harga yang mahal jika ia lukisan asli namun jika ianya adalah salinan dari lukisan yang lain mungkin ada harga atau mungkin tiada.
Begitulah dengan corak yang bakal kita bentuk dengan anak kita. sebenarnya kita hari ini sering memikirkan bagaimana membentuk anak kita agar berjaya mengikut acuan yang ingin kita lihat. Seringkali kita terlupa adakalanya atau selalunya acuan kita itu tidak sama dengan saiz yang sepatutnya untuk anak kita jika ianya kecil dan sempit, tanpa sedar kita telah menyiksa jiwa si anak hingga mental dan jiwa cedera. Ini boleh dilihat dari segi perlakuan dan jika acuan kita terlalu besar, pastinya berlaku juga ketidak selesaan kerana si anak dapat merasakan dia berada di bawah potensi dirinya yang sebenar.
Saya berpendapat jika kain putih yang ingin kita corakkan perlukan satu corakan yang mempunyai nilai seni, kita perlu bermula dengan jiwa. Pendidikan awal ialah pendidikan jiwa. Dari jiwa barulah datang corak yang sesuai dengan si anak. Jika jiwa si anak ialah jiwa seorang ahli sukan tetapi kita ingin mencorakkannya menjadi seorang chef maka pasti berlaku konflik diri yang bakal memberi kecederaaan yang teruk. Justeru kita yang mencorakkan anak haruslah terlebih dahulu mencorakkan diri kita dengan perasaan yang betul kerana anak yang dicorak dengan perasaan marah akan membawa sifat marah hingga ke akhir hayat jika dia tiada inisisatif untuk megubahnya.
Kita perlu mendidik atau mencorakkan anak kita dengan penuh perasaan dan dari situ akan timbullah rasa hormatnya kepada kita. bentuklah anak dengan penuh perasaan bukan dengan hanya logik akal. Fahamilah apa yang dapat dilakukan oleh si anak dengan kekuatan jiwanya. Rumah merupakan sekolah pertama untuk setiap dari kita . Rumah juga suatu tempat untuk membentuk anak-anak dalam menyelusuri masa hadapannya. Sebelum anak itu mengenal masyarakat besar, dia terlebih dahulu mengenal komuniti kecil dalam keluarganya. Jika dalam komuniti kecil ini anak tidak didik dengan perasaan tetapi dididik dengan paksaan, suatu hari nanti anak akan mencapai satu titik maksima dan berlakulah sesuatu di luar jangkaan kita. pada waktu itu kita mungkin menyalahkan anak tetapi kita lupa unsur paksaan itu amat besar impak negatifnya.
Ini tidak pula bermakna kita perlu mengikut apa jua yang dikehendaki oleh si anak. Kita perlu menolak kemahuan yang diinginkan oleh mereka seandainya ianya bakal memberi kemudaratan samada secara fiikal ataupun mental. Namun caranya bukan dengan paksaan, kita perlu membentuknya dengan perasaan. Saya sering diingatkan oleh bos lama saya sewaktu bekerja dulu… don’t get the respect but earn it. Jika kita ingin dihormati kita tidak perlu memaksa orang untuk menghormati kita kerana itu satu penghormatan palsu tetapi biarlah rasa hormat itu datang tanpa diminta. Begitu juga dengan anak. Kita perlu melakukan sesuatu agar rasa hormat datang dari jiwanya bukan sekadar meminta mereka menghormati kita.
kita perlu faham bahawa anak yang baik belum tentu soleh tetapi anak yang soleh sudah tentu baik. Jika anak kita berjaya dalam hidup secara fizikalnya belum tentu dia berjaya secara rohaninya. Orang yang sebenar kaya ialah orang yang kaya jiwanya. Orang yang kaya jiwanya adalah orang yang sedar bahawa dirinya sentiasa memerlukan Allah swt dan dirinya sentiasa faqir di hadapan Allah swt. Kita perlu mendidik anak-anak kita peranan Allah swt dalam hidup kita bukan sekadar hanya berkata Allah itu Tuhan sekalian alam. Berkata amat mudah tetapi menjiwainya amat sukar tanpa pemahaman yang betul. Biar sibijak mana anak kita tetapi jika dia tidak faham kedudukan dia dan Allah swt maka kecendurangan untuk menjadi orang yang egois amatlah besar.
Adakah kita mahu anak –anak kita menjadi seperti kita yang hanya mengingat Allah swt di kala susah dan melupakannya di kala senang walaupun kita sedar bahawa kesenangan itu adalah pemberian Allah swt. Cuba kita renungkan sewaktu kita di alam barzakh, apakah perasaan kita jika kita melihat anak-anak kita hanya sedih di hari kematian kita tetapi setelah pengagihan harta diselesaikan semuanya tersenyum tanpa memikirkan penat lelah kita yang berusaha untuk membahagiakan mereka.
Kita perlu didik anak-anak kita agar faham bahawa kita perlukan Allah swt sepanjang masa. Jika anak kita melakukan kesalahan janganlah kita hanya berkata bahawa dia telah melakukan kesalahan tetapi sampaikan kepadanya bahawa masih punya peluang untuk diampunkan Allah swt, dia masih dicintai Allah swt. Kita perlu mengajarnya untuk berterima kasih kepada Allah swt. Kita sering mengajar anak kita untuk berterima kasih kepada orang apabila diberi pemberian tetapi jarang sekali kita memberitahu anak kita untuk berterima kasih kepada Allah swt atas setiap kebaikan yang kita perolehi dan keburukan yang kita hadapi kerana apabila kita ditimpa musibah itu juga tandanya Allah swt mengingati kita…. manakan tidak hanya sewaktu susah kita beriya-iya meminta pertolongan darinya jika tidak kita akan minta pertolongan dari mereka yang kita fikirkan boleh membantu kita.
Bermula dari hari ini cubalah kita ajar anak kita untuk berterima kasih kepada Allah swt. Persoalannya bagaimana… jika kita memaksa, mereka akan memberontak. Cara paling mudah ialah kita terlebih dahulu melakukannya dan anak pasti mengikut perlakuan kita. Samada kita sedar atau tidak anak adalah cermin kita, jika kita berhias anak akan berhias. Jika kita dapat mencorakkan anak kita dengan kefahaman tentang cinta Ilahi maka Insya Allah anak kita akan hidup dengan penuh kasih sayang sesama makhluk.
Dipetik dari : http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com
Mati Sebelum Ajal
Mungkin kita tertanya-tanya mengapa dikatakan mati sebelum ajal, bukankah mati berlaku apabila ajal menjelma. Setiap hari, setiap saat pasti aka ada kematian di atas muka bumi ini, pasti ada yang bertukar tilam, dari empuk dan berhawa dingin kepada tanah yang keras dan sempit lagi gelap. Ada orang bertanya kepada saya, mengapa saya gemar membicarakan topik kematian. Saya mempunyai alasan saya yang tersendiri kerana mati itu juga adalah titik permulaan kehidupan seorang spiritualis.Jika matinya membawa bahagia maka beruntunglah dia namun jika mati itu pembuka pintu neraka jelas kerugian sudah melanda. Apalah gunanya kita hidup bermewahan tetapi apabila mati kemiskinan menjadi teman. Apalah gunanya kita dikelilingi sanak saudara serta teman taulan tetapi sewaktu di alam barzah kita keseorangan tanpa bekal, tanpa pertolongan. Pada saya, setelah mengamati kehidupan yang berlalu setiap hari, saya melihat tidak kira siapa pun kita, sedalam mana kasih sayang anak-anak kita kepada kita, sekuat mana ikatan cinta pasangan kita, yang pastinya apabila kematian datang kepada kita, kesedihan, kesugulan hanya datang buat sementara waktu, hanya ketika tanah kubur merah.
Setelah itu mereka juga seperti kita sekarang, sibuk menyempurnakan tanggungjawab dunia dan ingatan kita pada si mati hanya tinggal ingatan, sedikit demi sedikit berlalulah doa yang pada awalnya kita panjatkan. Justeru hal inilah yang mengingatkan saya agar menyiapkan bekal untuk diri sendiri, supaya nanti tidak keseorangan dan kegelapan. Bekal paling perlu bagi saya adalah perasaan saya dengan Allah swt kerana dari rasa itu datang perbuatan dan mencetuskan keikhlasan. Kita harus terus hidup sehingga tibanya ajal yang ditetapkan.
Janganlah kita mati sebelum ajal kerana kerugian yang besar sudah pasti menyusahkan. Mati sebelum ajal seperti kita hidup tapi tidak bernyawa, kita makan tetapi tiada rasa, kita minum tak hilang dahaga. Mati sebelum ajal adalah keadaan di mana hati kita sudah mati walau jasad tegap berdiri. Hati sudah terkunci walau bicara petah tiada henti. Jiwanya sudah kering, biar jasadnya bermandi berendam di dalam air tidak pernah kering. Maka apabila jiwa kita sudah kering, hati kita sudah mati, kita sepertinya sudah tidak disukai Allah swt.
Jika ini berlaku maka siapakah yang mahu kita ambil menjadi tuhan, bukankah kita kini dalam kerugian. Dek kerana itu kita perlu memastikan yang kita tidak mati sebelum ajal. Orang yang sudah mati sebelum ajal, sukar menerima ilmu, sukar menerima hal-hal berkaitan agama dan jiwa mereka kosong. Kehidupan mereka juga tidak keruan, mereka resah, mereka gelisah, mereka merasakan ada kekosongan dalam hidup tetapi keegoan mereka menutup kekosongan hati mereka. Hati menjadi hidup apabila kita mengingati Allah swt dan mengingati Allah swt cukup indah jika kita melakukannya dengan rasa.
Merenung kematian merupakan jalan mudah untuk melembutkan hati kerana apabila kita merenung kematian maka bermainlah di benak kita, adakah kita diterima Allah swt atau kita sebenarnya dibenci Allah swt. Orang yang mengingati mati, akan sentiasa melihat kematian di hadapannya, dia tidak takut mati kerana mati adalah jalan bertemu Tuhannya tetapi yang ditakutinya adakah dia diterima Alah swt. Kematian itu pasti, kehidupan itu realiti. Kematian itu abadi, kehidupan itu titi maka berhati-hatilah dalam meniti jangan sampai terjatuh mati kerana ‘kematian’ hati itu punca sepi.
Justeru marilah kita berlatih untuk mati agar kita dapat bersedia menghadapi hari yang mana hanya kita yang mengetahui sakit tak terperi. Jika kita berlatih setiap hari dalam menyediakan diri, insya Allah kita siap untuk berdikari. Tetapi harus kita ingat persedian itu berbentuk fizikal yang paling penting adalah ikatan rasa justeru itu awal sifat dua puluh itu wujud… merasa kewujudan Allah swt. Latihan fizikal yang perlu untuk kita menghadapi mati adalah solat. Mengapa? Cuba kita renung kembali, selain orang solat siapakah yang melakukan qiam… jawapannya orang yang meninggal.
Maka falfasah paling mudah untuk kita lihat dalam solat itu adalah melatih kita untuk mati. Maka solat itu penuh ketenangan dan jika kita mampu melaksanakan solat dengan penuh kualiti maka kita akan dapat melihat erti kematian dan kita akan mula merasa perlunya mengingati kematian. Orang yang bijak akan sentiasa mengingati hari matinya, kerana ianya akan membawa mereka untuk lebih mencintai Allah swt. Solat itu jalan mudah untuk merasa kematian justeru seharusnya sebelum solat kita sudah mematikan dunia, kita sudah meninggalkan dunia.
Namun apa yang sering berlaku, kita masih membawa dunia yang penuh masalah ke dalam solat hingga terabai rasa cinta kita dengan Allah swt. Saya sering mengingat diri saya serta mereka yang bersama saya, marilah kita berhati kering dengan dunia tetapi basah dengan cintaNya. Janganlah sampai dunia menjadi tuhan dalam solat kita dan seandainya itu berlaku maka kita sudah pun hampir mati bahkan mungkin sudah mati sebelum ajal. Belajarlah untuk mati lima kali sehari, bertatihlah untuk diri, jangan berlari nanti jatuh lupa diri.
Cinta Ilahi tidak terperi, wajah berseri hidup bererti. Jika cinta sudah terpatri, biar aku mati dari sendiri. Cinta itu sungguh bererti, hidup dan mati ku untuk Ilahi. Semoga kita dapat memulakan langkah mendalami erti kematian dalam solat. Amiin.




