Tuesday, June 15, 2010

Semangat tu bagus..tapi perlaksanaan kurang tepat..

Syarat sah solat antaranya ialah menutup aurat. Menutup aurat pula bagi lelaki ialah dari pusat sampai ke lutut dan pakaian tersebut hendaklah bersih.Bagaimana dengan memakai t'shirt yang bercetak? Kena lagi kalau bercetak dengan gambar syaitan. Kalau kita perhatikan memakai t'shirt bercetak dalam masjid macam menjadi trend pula dikalangan remaja.Memakai t'shirt bercetak sememangnya sah tetapi menggangu orang lain yang bersolat di belakangnya dan seperti tidak beradab.Cuba lihat pakaian remaja di atas. Remaja ini menunaikan tanggungjawabnya dengan bersolat tetapi kalau diamati tulisan di baju yang dipakainya tu"BORN TO ROCK DRINK AND F**K" .Tak sesuai langsung. Lebih baik mamat tu terbalik sahaja t'shirt tu sebelum solat.Inilah pengaruh barat yang dibawa ke dalam masjid. Masyaallah...

Agenda Musuh Islam

Apa sudah jadi ni??ada carlsberg halal pulak????betul-betul mengelirukan umat Islam..Hati-hati dengan agenda musuh Islam ini..mereka sedaya upaya ingin merosakkan umat Islam..

Thursday, June 10, 2010

Boikot Produk Israel Laknatullah



Yahudi semakin hari semakin biadap dan kurang ajar. Sanggupkah kita lihat lebih ramai nyawa saudara kita di Palestin terkorban dan KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM dicerobohi?? Saya menyeru kepada SEMUA UMAT ISLAM di DUNIA supaya memboikot semua produk Israel Laknatullah ini. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah S.W.T agar melindungi saudara-saudara kita di Palestin dan Al-Quds dari puak-puak yahudi Laknatullah serta menghancurkan puak-puak yahudi di Israel.Amin Ya Allah...!!!!

Serangan Israel Laknatullah Terhadap Kapal Mavi Marmara

Air Mata Palestin

Tuesday, April 13, 2010

Hukum Memegang Babi & Anjing

Pernah satu ketika dahulu kita digemparkan dengan gambar pelajar Melayu yang beragama Islam sedang memeluk dan memegang babi,dan yang terkini gambar artis Melayu bermain dengan anjing pula.Berbagai-bagai reaksi yang keluar dari mulut masyarakat berkaitan dengan gambar tersebut.Ada yang kata pelajar dan artis ini menghina Islam la..tak tahu hukum Islam la dan bermacam-macam lagi yang kita dengar dari mulut masyarakat Islam di Malaysia ini.
Bagi pendapat saya gambar pelajar yang memeluk babi dan artis yang bermain dengan anjing bukan menghina Islam sebaliknya menerangkan bahawa umat Islam boleh menyentuh anjing dan babi.Tiada nas yang menyatakan menyentuh babi dan anjing itu haram sebaliknya yang menyatakan haram itu adalah memakannya.Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini.Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.Adakah Allah menciptakan babi dan anjing ini untuk dipandang hina oleh umatnya?????


Berkenaan dengan isu menyentuh,memegang,merawat,memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh babi dan anjing yang haram disentuh?? Berdasarkan apa yang saya pelajari sehingga ke Universiti Al-Azhar,Mesir menyentuh najis Mughollazoh tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya.


Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap babi dan anjing. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh babi dan anjing yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah, Namun kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.


Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan.

Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam


Thursday, April 8, 2010

Peringatan Buat Kita Orang Islam Yang Beriman Kepada ALLAH

Siapakah orang yang paling bijak ? Tanya Sahabat Nabi.. Nabi menjawab :
"Mereka yang bijak ialah yang paling banyak memperingati MATI".

Marilah kita berkerja seolah-olah hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah MATI esok hari..

Ya Allah Permudahkanlah perjalanan hidupku di dua rumah iaitu Dunia dan Akhirat... Amin...

Wednesday, March 31, 2010

Pejuang Hijjab

* Klik untuk paparan saiz sebenar

Berpakaian Tapi Telanjang

Akhir-akhir ini saya lihat memang ketara sangat pakaian wanita islam sekarang khususnya di Malaysia telah di nodai oleh fesyen2 puak yahudi dan Nasrani.

Islam ada menyebut bahawa rambut wanita itu adalah haram untuk dilihat lelaki, jadi kesalah tafsiran berlaku disini di mana kaum wanita lebih utamakan menutup rambutnya daripada anggota badan. Sebenarnya, maksud hukum Allah tu adalah “sedangkan rambut wanita yang takde nilai & sama dengan rambut lelaki tu pun haram, apa lagi bahagian2 wanita yang lain”. Itu sebenarnya maksud hukum ini.

Begitu jugalah maksud hadis nabi S.A.W yang mengatakan bahawa umatnya akhir zaman ”Berpakaian Tapi Telanjang”. Mungkin inilah yang dimaksudkan Baginda..

Marilah sama2 kita betulkan cara pemakaian kita, isteri2 kita dan anak2 kita.Semoga kita bersama dengan orang-orang yang di sayangi oleh Allah S.W.T.Insyaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...