
Berkenaan dengan isu menyentuh,memegang,merawat,memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh babi dan anjing yang haram disentuh?? Berdasarkan apa yang saya pelajari sehingga ke Universiti Al-Azhar,Mesir menyentuh najis Mughollazoh tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap babi dan anjing. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh babi dan anjing yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah, Namun kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.
Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam





28 comments:
Salam Ustaz.
Saya keliru tentang keadaan yang membolehkan kta sentuh anjing/khinzir tanpa perlu samak selepas itu. Sebab saya ada banyak dengar dr mayarakat melayu mengatakan yg menyentuh anjing kalau kering tak perlu samak.
Dan kalau kenyataan ini benar, kenapa bila kering tak perlu samak dan bila lembab/basah perlu? adakah sebab risaukan bulu haiwan ini melekat pada diri kita atau sebab lain?
Dan saya ada kawan muslim yg pelihara anjing.dan ianya BUKAN bertujuan untuk menjaga ternak,memburu atau sebgainya. apa hukumnya?
Waalaikumussalam.
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.
Tidak ada persoalan tentang khinzir samada ianya kering atau basah hukum menyatakan wajib samak.Imam Syafie mengqiaskan basah di badan anjing itu sama dengan air liurnya.jadi air liur anjing adalah najis dan wajib di samak bukan sbb bulu melekat pada diri kita atau lain-lain.
Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang memlihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)
Salam Ustaz..
ade seorang muslim ini berkata jika anjing itu basah dan dia juga dalam keadaan basah ketika bermain di pantai maka tak perlu samak. dan dia berkata lagi zaman sekarang hanya bersamak guna sabun sahaja banyak2. saya tidak berani menegurnya. bagaimana cara nak menerngkan kepadanya, ustaz dan apa hukumnya?
Waalaikumussalam saudari missnurasy
Terima kasih diatas soalan saudari itu,Menurut pendapat Imam As-syafie jika anjing itu dalam keadaan basah dan org yg menyentuh anjing tersebut juga basah hukumnya adalah haram menyentuhnya dan jika menyentuhnya juga maka wajib kena samak sbb apabila anjing itu basah die diketegorikan sebagai najis yang berat dan cara penyuciannya adalah dengan samak.
zaman skrg mmg ada sabun yang boleh menyucikan najis berat ini iaitu sabun taharah...selain dari sabun itu tidak dibenarkan untuk menyucikan najis tersebut.wallahu a'lam
salam ustaz,
saya cuma keliru, bagaimana pula arak? umum ketahu arak itu haram diminum. Adakah yang menjual arak itu juga haram? Syeikh Azhar Jad al-Haq berpendapat bahawa kerjaya sebegini adalah haram. Fatwa ini disiarkan dalam majalah al-Azhar, juzuk 7, keluaran Rejab 1414H bersamaan Disember/Januari 1994M. saya fikir ini perkara yang sama dengan hukum memegang babi dan ajing ini. Kita diharamkan memakannya. Bagaimana pula ustaz?
terima kasih atas pandangan ustaz ttg ini.
salam. Sekiranya permaidani terkena anjing yang dalam keadaan basah. Adakah perlu di samak juga permaidani tersebut?
Waalaikumussalam saudara iMBobo
Insyaallah saya akan cuba menjawab persoalan yang menjadi kemusykilan saudara.Arak kita sedia maklum hukumnya adalah haram secara mutlak.bukan sekadar meminumnya adalah haram tetapi menjualnya juga haram sepertimana Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud :"Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata: Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya”.Hukum memegang anjing dan babi tidak menjadi masalah hukumnya memang haram tetapi apabila kita memegangnya ianya boleh disucikan dengan samak. kalau memakannya adalah haram secara mutlak.
Sekiranya permaidani tersebut terkena anjing yang dalam keadaan basah lebih baik permaidani tersebut disamak sahaja dikhuatiri kemungkinan besar permaidani tersebut juga basah dan untuk mengelakkan perasaaan was-was
saya mempunyai masalah berkenaan menyentuh daging babi dan air arak.. kerana kerja saya adalah membersihkan pinggan dan cawan yang berisi air arak di salah sebuah hotel.saya dalam dilema sebenarnya samada berhenti dan mencari pekerjaan baru atau meneruskan pekerjaan saya sekarang ini.. sedangkan niat saya baik untuk mencari rezeki halal. adakah saya turut bersubahat dengan pemerah, pengantar dan peminum arak tersebut atau si pemakan..
Insyaallah saya akan cuba menjawab persoalan saudara harkhh89.
Bidang perhotelan adalah satu bidang yang dihalalkan oleh Islam. Ini adalah hukum asalnya. Jika ia menawarkan perkhidmatan yang diharamkan, itu adalah satu hukum yang mendatang, bukan hukum asal.
Saya faham niat saudara bekerja di situ adalah untuk mencari rezeki yang halal tetapi telah dicemari oleh benda-benda yang diharamkan oleh syarak.Gaji yang saudara perolehi daripada bekerja disitu hukum pada asalnya adalah syubhah(tidak jelas hukum halal dan haramnya)Ini kerana perkhidmatan yang dijalankan di hotel tersebut telah bercampur dengan perkhidmatan yang halal dan haram.Tetapi saya kira perkhidmatan yang halal lebih byk daripada yang haram akan tetapi masih tetap syubhah.
Menurut para ulamak fikah, harta halal yang bercampur dengan yang haram (harta syubhat) hendaklah dipisah-pisahkan. Ini yang halal. Dan ini yang haram. Kemudian barulah boleh ambil yang halal untuk digunakan. Jika tidak dipisah-pisahkan, haram menggunakannya.
Bagaimana kalau harta harta syubhat itu tidak mungkin dapat dipisah-pisahkan? Kalau tidak dapat dipisah-pisahkan juga, mereka berkata tidak mengapa menggunakannya.
Masalah saudara adalah seperti masalah ini. Saudara bekerja di hotel yang menjalankan perniagaan yang bercampur antara yang halal dan haram. jadi, ia termasuk syubhat. Duit masuk juga syubhat. Jadi, pada asalnya saudara tidak boleh menerima duit gaji dari pihak hotel setelah pihak hotel memisah-misahkannya. Yang ini duit dari sumber jual arak, disko dsbnya. Yang ini pula adalah duit dari sumber perkhidmatan penginapan, jual makan dan minum dsbnya... Kalau gaji saudara dari sumber yang halal maka jadi halal. Kalau dari sumber haram, maka jadi haram.
Apakah boleh income hotel dipisah-pisahkan begitu? Sudah tentu mustahil.. Bila begitu bermakna saudara boleh saja mengambil gaji saudara itu. Halal hukumnya.
Cadangan saya lebih baik saudara mencari kerja yang jelas akan halalnya.Bukan apa saya runsing hukum syubhah tersebut akan cenderung kepada yang haram,nauzubillah..
agak mengelirukan,..dalam penerangan ustaz mengatakan najis mughollazoh tidak haram, ttp dlm soal jawab, ustaz menyebut haram di pegang...jadi, adakah haram HUKUM nya memegang anjing?
Terima kasih kepada saudara M.Kamarul A yang sudi bertanya...
najis mughollazoh ialah sejenis najis yang berat..najis tersebut mmg la tidak haram ianya cuma najis yang berat,apabila seseorang itu terkena atau menyentuh najis tersebut perlulah disucikan dengan cara menyamak menggunakan tanah dan air.jika najis tersebut tidak disucikan dengan cara yang betul segala perbuatan seperti solat tidak akan sah disebabkan masih ada najis yang belum disucikan pada diri kita.
Anjing tidak haram dipegang cuma apabila anggota anjing itu dalam keadaan basah dan tangan kita yang menyentuh itu juga dalam keadaan basah barulah hukumnya disabitkan sebagai najis mughollazoh.kalau dua-dua kering tidak menjadi masalah untuk menyentuhnya tetapi adakah kita yakin bahawa anjing itu kering???
adalah lebih afdal kita mengelakkan utk memegangnya dikhuatiri anggota anjing tersebut dalam keadaan basah.sebenarnya untuk menerangkan tentang bab anjing ini terlalu byk perbahasan ulama' tentangnya,insyaallah jika ada kelapangan waktu,ana akan cuba untuk menceritakan tentang hukum/bab anjing ini dalam Islam..wallahu a'lam
As Salam Ustaz,
Saya masih keliru dan khuatir dengan isu pembelaan anjing yang hangat dibincangkan. Saya memerlukan penjelasan mengenai perkara-perkara ini :
a. Apakah hukumnya memelihara anjing di rumah? Contohnya di rumah teres dua tingkat? Sekiranya anjing itu dibela untuk menjaga keselamatan rumah, adakah hukumnya haram?
b. Sekiranya dibenarkan, bagaimana pula dengan hukum memegang anjing berkenaan untuk memberinya makan, minum, membersihkan tempat makan dan tidurnya di luar rumah? Sudah pasti ada najis (air kencing dan najis berat) serta air liur). Jadi bagaimana dengan situasi itu Ustaz?
c. Adakah saya perlu samak tiap-tiap kali saya memegang anjing berkenaan dan setiap kali saya membersihkannya?
d. Kenapa masyarakat Islam khasnya di Malaysia begitu memandang hina mereka yang memelihara anjing? Mengikut ilmu saya yang sangat cetek ini, anjing adalah juga haiwan ciptaan Allah dan tidak perlu dijauhi terutama ketika ia berada dalam keadaan lapar, dahaga atau kesusahan.
e. Ada ketika saya membaca kisah-kisah terdahulu di mana ada contoh masyarakat Muslim Arab yang memelihara anjing. Contohnya kisah Ashabul Kahfi, yang mana anjing mereka mengawal dan menjaga pintu masuk ke gua tempat tidur mereka.
Minta sangat Ustaz untuk menjawab persoalan ini. Bolehlah diemelkan pada saya di norazrina.aziz@yahoo.com
Wassalam
Salam Ustaz,
Saya ingin bertanya mengenai samak. Saya telah membeli satu packet gula2 yang mengandungi gelatin babi (haribo fruity bussi dan haribo tropifrutti). Saya tidak sedar akan kandungan itu dan hanya sedar setelah ditegur ibu. Saya masih belum buka packet itu. Soalan saya ialah perlukah saya menyamak kedua2 belah tangan? Walaupun saya tak pegang gula2 itu, tetapi saya telah memegang bungkusan (plastik) packet itu?
Terima kasih ustaz,
salam...bagaimana kita nak menerangkan sekiranya seorang yang bukan beragama islam bertanya kepada kita..mengapakah Allah mencipta anjing akan tetapi terpaksa melakukan samak apabila menyentuhnya??dan mengapakah hanya anjing dan khinzir sahaja??ini merupakan situasi yg saya hadapi sekarang..harap ustaz boleh memberin penerangan kepada saya...
Slm.. ustaz x jawb psoalan M.Kamarul A. mmg byk pbahasan ttg anjing.. M.Kamarul A. , pegang anjing n babi x haram.. tetapi yg menjadikannya haram adalah tidak samak stlh pegang kedua2 binatang tu. knp haram? krn kita perlu solat n binatang2 tu adalh najis berat. najis berat perlu dibersihkan. kalo nk slmt, slps pegang anjing atau babi sma ada kering atau basah, sila la samak..
Reena : (a) mgikut pengetahuan sya, dibolehkn jika sbb keselamatn
(b)samak shj (lg baik kalo x pelihara, x pyh susah2. kalo pelihara pn, jgn smpi ganggu ibadat kita)
(c)tidak perlu jika bterusan.. tp perlu samak stiap kali slps sentuh jika x bterusan. (mksdnya, selesaikan semua hal2 anjing- tnpa berhenti, baru samak @ kalo berniat nk mandikan anjing slps 3 jam beri ia mkn, samak la. then, smak lg lps mandikan)
(d) ada byk sbb msyrkt kita mcm tu. ilmu x ckup, slah fhm, mmpunyai pdpt sdri dll.
(e)rasanya, mereka x pelihara anjing tu, anjing tu ikut mereka..
jwpn2 sya d atas mgkin x tepat, so, tny la yg pakar..huhu
Ada dua keadaan:
1. pegang lelaki/wanita bukan mahram
2. pegang anjing/babi.
antara kedaan di atas yang manakah haram.. jawapannya ialah lelaki/wanita bukan mahra.
anjing dan babi tidak haram di pegan, tapi syaratnya dah pegang kena samak (anjing jika basah/ babi kering atau basah). mungkin soalan dan jawapan ini dapat menjawab soalan kenapa Allah jadikan makhluk tetapi haram di pegang.. ingat.. bukan haiwan je.. tapi ada manusia pun yang haram di pegang..tapi adakah manusia itu najis..bukan.. kerana itulah nama nya hukum Allah..pastinya ada hikmah yangt terkandung di setiap hukum. takyah pening kepala.. yang penting tiap kali solat gi jemaah kat surau, ade ceramah dengar. jangan dok bace internet je..sebb internet sape2 pun boleh tulis. mungkin jahil mungkin alim..ok bye..smoga rajin2lah ke surau.
salam ustaz..sy ad kemusykilan ni.ade kwn sy ckp,kalau kt kate sesorang tu 'babi' then,bile kt pegang org tu,maksudnye kt kena samak.sbb tu dy kate kt x bleh main2 dgn word'babi' ny.sy mcm x pcye je..da mcm syirik plak..dlm al quran ade ke ckp mcm tu ustaz?harap ustaz bleh jwb persoalan sy ny:(
Assalamualaikum ustaz... Disini saya Ada kkeliruan tentang cara menyucikan diri selepas memegang anjing kerana ingin menyelamatkannya .. Apakah yg Harus saya buat? Dan bagaimana caranya?
dyla_zam : Waalaikumussalam...Tiada Nas daripada Al-quran & As-Sunnah tentang perkara tersebut.Ianya cuma perkara yang di ada-adakan yang tidak berlandaskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.Mengata/menghina manusia seperti itu adalah perbuatan yang tidak baik seolah-olah kita menghina ciptaan Allah s.w.t kerana Allah s.w.t menciptakan manusia itu adalah sebaik-sebaik kejadiannya..wallahu a'lam..
Fattydwarf : Waalaikumussalam..
Perbuatan saudara amatlah mulia..
Jika saudara memegang anjing tersebut di badannya dan badannya kering dan tangan saudara pun kering tidak perlu samak tetapi jika saudara memegang anjing tersebut dalam keadaaan basah dan tangan saudara pun basah ketika itu wajib disucikan tangan saudara itu dengan samak iaitu satu kali dengan air tanah dan 6 kali dari air mutlak..
salam ustaz.saya ada sedikit kemuskilan mengenai anjing.salahkah jika kalau kita memegang anjing bertujuan untuk menolongnya?sebagai contoh anjing tersebut mengalami kecederaan dan kita ingin membantunya.apakah hukumnya dari segi islam? adakah haram?
mengapa kita tidak dibenarkan memelihara anjing sedangkan anjing juga merupakan ciptaaan allah? dia tidak dilahirkan di dunia untuk dihina dan disakiti.
saya harap ustaz dapat menjawab segala pertanyaan saya.terima kasih.
Salam ustaz,
Apakah hukumnye bile kite bersalaman dgn non muslim yg pegang babi/anjing. Semase salam tu kite nampak dia pegang babi. Wajibkah disamak slps bersalaman dgnnye?
Tidak perlu samak jika bersentuhan dengan orang memegang babi/anjing dan seumpamanya.wallahu a'lam
Semoga kita bisa menghindari perbuatan dan hal yang diharamkan.
babi dan anjing diciptakan bisa menjadikan pahala buat kita.. bagi yg menjauhi kan jadi berpahala :)
salam ustaz.saya ada sedikit kemuskilan mengenai anjing.salahkah jika kalau kita memegang anjing bertujuan untuk menolongnya?sebagai contoh anjing tersebut mengalami kecederaan dan kita ingin membantunya.apakah hukumnya dari segi islam? adakah haram?
mengapa kita tidak dibenarkan memelihara anjing sedangkan anjing juga merupakan ciptaaan allah? dia tidak dilahirkan di dunia untuk dihina dan disakiti.
saya harap ustaz dapat menjawab segala pertanyaan saya.terima kasih.
sy mohon share artikel ini ustaz...sy nak share d fb..tp xda button fb...so mohon share d blog sy ya..?
Post a Comment