Berkenaan dengan isu menyentuh,memegang,merawat,memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh babi dan anjing yang haram disentuh?? Berdasarkan apa yang saya pelajari sehingga ke Universiti Al-Azhar,Mesir menyentuh najis Mughollazoh tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap babi dan anjing. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh babi dan anjing yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah, Namun kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.
Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam
57 comments:
Salam Ustaz.
Saya keliru tentang keadaan yang membolehkan kta sentuh anjing/khinzir tanpa perlu samak selepas itu. Sebab saya ada banyak dengar dr mayarakat melayu mengatakan yg menyentuh anjing kalau kering tak perlu samak.
Dan kalau kenyataan ini benar, kenapa bila kering tak perlu samak dan bila lembab/basah perlu? adakah sebab risaukan bulu haiwan ini melekat pada diri kita atau sebab lain?
Dan saya ada kawan muslim yg pelihara anjing.dan ianya BUKAN bertujuan untuk menjaga ternak,memburu atau sebgainya. apa hukumnya?
Waalaikumussalam.
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.
Tidak ada persoalan tentang khinzir samada ianya kering atau basah hukum menyatakan wajib samak.Imam Syafie mengqiaskan basah di badan anjing itu sama dengan air liurnya.jadi air liur anjing adalah najis dan wajib di samak bukan sbb bulu melekat pada diri kita atau lain-lain.
Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang memlihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)
Salam Ustaz..
ade seorang muslim ini berkata jika anjing itu basah dan dia juga dalam keadaan basah ketika bermain di pantai maka tak perlu samak. dan dia berkata lagi zaman sekarang hanya bersamak guna sabun sahaja banyak2. saya tidak berani menegurnya. bagaimana cara nak menerngkan kepadanya, ustaz dan apa hukumnya?
Waalaikumussalam saudari missnurasy
Terima kasih diatas soalan saudari itu,Menurut pendapat Imam As-syafie jika anjing itu dalam keadaan basah dan org yg menyentuh anjing tersebut juga basah hukumnya adalah haram menyentuhnya dan jika menyentuhnya juga maka wajib kena samak sbb apabila anjing itu basah die diketegorikan sebagai najis yang berat dan cara penyuciannya adalah dengan samak.
zaman skrg mmg ada sabun yang boleh menyucikan najis berat ini iaitu sabun taharah...selain dari sabun itu tidak dibenarkan untuk menyucikan najis tersebut.wallahu a'lam
salam ustaz,
saya cuma keliru, bagaimana pula arak? umum ketahu arak itu haram diminum. Adakah yang menjual arak itu juga haram? Syeikh Azhar Jad al-Haq berpendapat bahawa kerjaya sebegini adalah haram. Fatwa ini disiarkan dalam majalah al-Azhar, juzuk 7, keluaran Rejab 1414H bersamaan Disember/Januari 1994M. saya fikir ini perkara yang sama dengan hukum memegang babi dan ajing ini. Kita diharamkan memakannya. Bagaimana pula ustaz?
terima kasih atas pandangan ustaz ttg ini.
salam. Sekiranya permaidani terkena anjing yang dalam keadaan basah. Adakah perlu di samak juga permaidani tersebut?
Waalaikumussalam saudara iMBobo
Insyaallah saya akan cuba menjawab persoalan yang menjadi kemusykilan saudara.Arak kita sedia maklum hukumnya adalah haram secara mutlak.bukan sekadar meminumnya adalah haram tetapi menjualnya juga haram sepertimana Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud :"Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata: Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya”.Hukum memegang anjing dan babi tidak menjadi masalah hukumnya memang haram tetapi apabila kita memegangnya ianya boleh disucikan dengan samak. kalau memakannya adalah haram secara mutlak.
Sekiranya permaidani tersebut terkena anjing yang dalam keadaan basah lebih baik permaidani tersebut disamak sahaja dikhuatiri kemungkinan besar permaidani tersebut juga basah dan untuk mengelakkan perasaaan was-was
saya mempunyai masalah berkenaan menyentuh daging babi dan air arak.. kerana kerja saya adalah membersihkan pinggan dan cawan yang berisi air arak di salah sebuah hotel.saya dalam dilema sebenarnya samada berhenti dan mencari pekerjaan baru atau meneruskan pekerjaan saya sekarang ini.. sedangkan niat saya baik untuk mencari rezeki halal. adakah saya turut bersubahat dengan pemerah, pengantar dan peminum arak tersebut atau si pemakan..
Insyaallah saya akan cuba menjawab persoalan saudara harkhh89.
Bidang perhotelan adalah satu bidang yang dihalalkan oleh Islam. Ini adalah hukum asalnya. Jika ia menawarkan perkhidmatan yang diharamkan, itu adalah satu hukum yang mendatang, bukan hukum asal.
Saya faham niat saudara bekerja di situ adalah untuk mencari rezeki yang halal tetapi telah dicemari oleh benda-benda yang diharamkan oleh syarak.Gaji yang saudara perolehi daripada bekerja disitu hukum pada asalnya adalah syubhah(tidak jelas hukum halal dan haramnya)Ini kerana perkhidmatan yang dijalankan di hotel tersebut telah bercampur dengan perkhidmatan yang halal dan haram.Tetapi saya kira perkhidmatan yang halal lebih byk daripada yang haram akan tetapi masih tetap syubhah.
Menurut para ulamak fikah, harta halal yang bercampur dengan yang haram (harta syubhat) hendaklah dipisah-pisahkan. Ini yang halal. Dan ini yang haram. Kemudian barulah boleh ambil yang halal untuk digunakan. Jika tidak dipisah-pisahkan, haram menggunakannya.
Bagaimana kalau harta harta syubhat itu tidak mungkin dapat dipisah-pisahkan? Kalau tidak dapat dipisah-pisahkan juga, mereka berkata tidak mengapa menggunakannya.
Masalah saudara adalah seperti masalah ini. Saudara bekerja di hotel yang menjalankan perniagaan yang bercampur antara yang halal dan haram. jadi, ia termasuk syubhat. Duit masuk juga syubhat. Jadi, pada asalnya saudara tidak boleh menerima duit gaji dari pihak hotel setelah pihak hotel memisah-misahkannya. Yang ini duit dari sumber jual arak, disko dsbnya. Yang ini pula adalah duit dari sumber perkhidmatan penginapan, jual makan dan minum dsbnya... Kalau gaji saudara dari sumber yang halal maka jadi halal. Kalau dari sumber haram, maka jadi haram.
Apakah boleh income hotel dipisah-pisahkan begitu? Sudah tentu mustahil.. Bila begitu bermakna saudara boleh saja mengambil gaji saudara itu. Halal hukumnya.
Cadangan saya lebih baik saudara mencari kerja yang jelas akan halalnya.Bukan apa saya runsing hukum syubhah tersebut akan cenderung kepada yang haram,nauzubillah..
agak mengelirukan,..dalam penerangan ustaz mengatakan najis mughollazoh tidak haram, ttp dlm soal jawab, ustaz menyebut haram di pegang...jadi, adakah haram HUKUM nya memegang anjing?
Terima kasih kepada saudara M.Kamarul A yang sudi bertanya...
najis mughollazoh ialah sejenis najis yang berat..najis tersebut mmg la tidak haram ianya cuma najis yang berat,apabila seseorang itu terkena atau menyentuh najis tersebut perlulah disucikan dengan cara menyamak menggunakan tanah dan air.jika najis tersebut tidak disucikan dengan cara yang betul segala perbuatan seperti solat tidak akan sah disebabkan masih ada najis yang belum disucikan pada diri kita.
Anjing tidak haram dipegang cuma apabila anggota anjing itu dalam keadaan basah dan tangan kita yang menyentuh itu juga dalam keadaan basah barulah hukumnya disabitkan sebagai najis mughollazoh.kalau dua-dua kering tidak menjadi masalah untuk menyentuhnya tetapi adakah kita yakin bahawa anjing itu kering???
adalah lebih afdal kita mengelakkan utk memegangnya dikhuatiri anggota anjing tersebut dalam keadaan basah.sebenarnya untuk menerangkan tentang bab anjing ini terlalu byk perbahasan ulama' tentangnya,insyaallah jika ada kelapangan waktu,ana akan cuba untuk menceritakan tentang hukum/bab anjing ini dalam Islam..wallahu a'lam
As Salam Ustaz,
Saya masih keliru dan khuatir dengan isu pembelaan anjing yang hangat dibincangkan. Saya memerlukan penjelasan mengenai perkara-perkara ini :
a. Apakah hukumnya memelihara anjing di rumah? Contohnya di rumah teres dua tingkat? Sekiranya anjing itu dibela untuk menjaga keselamatan rumah, adakah hukumnya haram?
b. Sekiranya dibenarkan, bagaimana pula dengan hukum memegang anjing berkenaan untuk memberinya makan, minum, membersihkan tempat makan dan tidurnya di luar rumah? Sudah pasti ada najis (air kencing dan najis berat) serta air liur). Jadi bagaimana dengan situasi itu Ustaz?
c. Adakah saya perlu samak tiap-tiap kali saya memegang anjing berkenaan dan setiap kali saya membersihkannya?
d. Kenapa masyarakat Islam khasnya di Malaysia begitu memandang hina mereka yang memelihara anjing? Mengikut ilmu saya yang sangat cetek ini, anjing adalah juga haiwan ciptaan Allah dan tidak perlu dijauhi terutama ketika ia berada dalam keadaan lapar, dahaga atau kesusahan.
e. Ada ketika saya membaca kisah-kisah terdahulu di mana ada contoh masyarakat Muslim Arab yang memelihara anjing. Contohnya kisah Ashabul Kahfi, yang mana anjing mereka mengawal dan menjaga pintu masuk ke gua tempat tidur mereka.
Minta sangat Ustaz untuk menjawab persoalan ini. Bolehlah diemelkan pada saya di norazrina.aziz@yahoo.com
Wassalam
Salam Ustaz,
Saya ingin bertanya mengenai samak. Saya telah membeli satu packet gula2 yang mengandungi gelatin babi (haribo fruity bussi dan haribo tropifrutti). Saya tidak sedar akan kandungan itu dan hanya sedar setelah ditegur ibu. Saya masih belum buka packet itu. Soalan saya ialah perlukah saya menyamak kedua2 belah tangan? Walaupun saya tak pegang gula2 itu, tetapi saya telah memegang bungkusan (plastik) packet itu?
Terima kasih ustaz,
salam...bagaimana kita nak menerangkan sekiranya seorang yang bukan beragama islam bertanya kepada kita..mengapakah Allah mencipta anjing akan tetapi terpaksa melakukan samak apabila menyentuhnya??dan mengapakah hanya anjing dan khinzir sahaja??ini merupakan situasi yg saya hadapi sekarang..harap ustaz boleh memberin penerangan kepada saya...
Slm.. ustaz x jawb psoalan M.Kamarul A. mmg byk pbahasan ttg anjing.. M.Kamarul A. , pegang anjing n babi x haram.. tetapi yg menjadikannya haram adalah tidak samak stlh pegang kedua2 binatang tu. knp haram? krn kita perlu solat n binatang2 tu adalh najis berat. najis berat perlu dibersihkan. kalo nk slmt, slps pegang anjing atau babi sma ada kering atau basah, sila la samak..
Reena : (a) mgikut pengetahuan sya, dibolehkn jika sbb keselamatn
(b)samak shj (lg baik kalo x pelihara, x pyh susah2. kalo pelihara pn, jgn smpi ganggu ibadat kita)
(c)tidak perlu jika bterusan.. tp perlu samak stiap kali slps sentuh jika x bterusan. (mksdnya, selesaikan semua hal2 anjing- tnpa berhenti, baru samak @ kalo berniat nk mandikan anjing slps 3 jam beri ia mkn, samak la. then, smak lg lps mandikan)
(d) ada byk sbb msyrkt kita mcm tu. ilmu x ckup, slah fhm, mmpunyai pdpt sdri dll.
(e)rasanya, mereka x pelihara anjing tu, anjing tu ikut mereka..
jwpn2 sya d atas mgkin x tepat, so, tny la yg pakar..huhu
Ada dua keadaan:
1. pegang lelaki/wanita bukan mahram
2. pegang anjing/babi.
antara kedaan di atas yang manakah haram.. jawapannya ialah lelaki/wanita bukan mahra.
anjing dan babi tidak haram di pegan, tapi syaratnya dah pegang kena samak (anjing jika basah/ babi kering atau basah). mungkin soalan dan jawapan ini dapat menjawab soalan kenapa Allah jadikan makhluk tetapi haram di pegang.. ingat.. bukan haiwan je.. tapi ada manusia pun yang haram di pegang..tapi adakah manusia itu najis..bukan.. kerana itulah nama nya hukum Allah..pastinya ada hikmah yangt terkandung di setiap hukum. takyah pening kepala.. yang penting tiap kali solat gi jemaah kat surau, ade ceramah dengar. jangan dok bace internet je..sebb internet sape2 pun boleh tulis. mungkin jahil mungkin alim..ok bye..smoga rajin2lah ke surau.
salam ustaz..sy ad kemusykilan ni.ade kwn sy ckp,kalau kt kate sesorang tu 'babi' then,bile kt pegang org tu,maksudnye kt kena samak.sbb tu dy kate kt x bleh main2 dgn word'babi' ny.sy mcm x pcye je..da mcm syirik plak..dlm al quran ade ke ckp mcm tu ustaz?harap ustaz bleh jwb persoalan sy ny:(
Assalamualaikum ustaz... Disini saya Ada kkeliruan tentang cara menyucikan diri selepas memegang anjing kerana ingin menyelamatkannya .. Apakah yg Harus saya buat? Dan bagaimana caranya?
dyla_zam : Waalaikumussalam...Tiada Nas daripada Al-quran & As-Sunnah tentang perkara tersebut.Ianya cuma perkara yang di ada-adakan yang tidak berlandaskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.Mengata/menghina manusia seperti itu adalah perbuatan yang tidak baik seolah-olah kita menghina ciptaan Allah s.w.t kerana Allah s.w.t menciptakan manusia itu adalah sebaik-sebaik kejadiannya..wallahu a'lam..
Fattydwarf : Waalaikumussalam..
Perbuatan saudara amatlah mulia..
Jika saudara memegang anjing tersebut di badannya dan badannya kering dan tangan saudara pun kering tidak perlu samak tetapi jika saudara memegang anjing tersebut dalam keadaaan basah dan tangan saudara pun basah ketika itu wajib disucikan tangan saudara itu dengan samak iaitu satu kali dengan air tanah dan 6 kali dari air mutlak..
salam ustaz.saya ada sedikit kemuskilan mengenai anjing.salahkah jika kalau kita memegang anjing bertujuan untuk menolongnya?sebagai contoh anjing tersebut mengalami kecederaan dan kita ingin membantunya.apakah hukumnya dari segi islam? adakah haram?
mengapa kita tidak dibenarkan memelihara anjing sedangkan anjing juga merupakan ciptaaan allah? dia tidak dilahirkan di dunia untuk dihina dan disakiti.
saya harap ustaz dapat menjawab segala pertanyaan saya.terima kasih.
Salam ustaz,
Apakah hukumnye bile kite bersalaman dgn non muslim yg pegang babi/anjing. Semase salam tu kite nampak dia pegang babi. Wajibkah disamak slps bersalaman dgnnye?
Tidak perlu samak jika bersentuhan dengan orang memegang babi/anjing dan seumpamanya.wallahu a'lam
Semoga kita bisa menghindari perbuatan dan hal yang diharamkan.
babi dan anjing diciptakan bisa menjadikan pahala buat kita.. bagi yg menjauhi kan jadi berpahala :)
salam ustaz.saya ada sedikit kemuskilan mengenai anjing.salahkah jika kalau kita memegang anjing bertujuan untuk menolongnya?sebagai contoh anjing tersebut mengalami kecederaan dan kita ingin membantunya.apakah hukumnya dari segi islam? adakah haram?
mengapa kita tidak dibenarkan memelihara anjing sedangkan anjing juga merupakan ciptaaan allah? dia tidak dilahirkan di dunia untuk dihina dan disakiti.
saya harap ustaz dapat menjawab segala pertanyaan saya.terima kasih.
sy mohon share artikel ini ustaz...sy nak share d fb..tp xda button fb...so mohon share d blog sy ya..?
Anjing tidak najis,malah air liur nya juga kira suci......dalil dari Al Quran telah membuktikan.........حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالأزْلامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لإثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣) يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (٤
Terjemah Surat Al Maidah Ayat 3-4
3.[14] Diharamkan bagimu (memakan) bangkai[15], darah[16], daging babi[17], dan (daging) hewan yang disembelih bukan atas nama Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh (dari tempat tinggi), yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih[18]. Dan (diharamkan pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak panah)[19], (karena) itu suatu perbuatan fasik[20]. Pada hari ini[21] orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu[22], sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu[23], dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku[24] bagimu, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu. Tetapi barang siapa terpaksa[25] karena lapar bukan karena ingin berbuat dosa[26], maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
4. Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah, "Yang dihalalkan bagimu adalah (makanan) yang baik-baik[27] dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang pemburu yang telah kamu latih untuk berburu[28], yang kamu latih menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu[29]. Maka makanlah apa yang ditangkapnya untukmu[30], dan sebutlah nama Allah waktu melepaskannya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.
- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-al-maidah-ayat-1-5.html#sthash.61YZ9phy.dpuf
Imam Bukhari, Malik dan golongan yang sehaluan dengan mereka
berdua berpegang dengan beberapa dalil daripada Al-Qur'an, As-Sunnah dan
qias seperti berikut:
Allah berfirman di dalam Al-Qur'an:
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ
تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ
وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), "Apakah (makanan) yang
dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah dihalalkan bagimu (makanan) yang
baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang pemburu yang telah
kamu latih untuk berburu, yang kamu latih menurut apa yang telah
diajarkan oleh Allah kepadamu. Maka makanlah apa yang ditangkapnya
untukmu, dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah
kepada Allah (dengan memelihara diri daripada memakan apa yang
diharamkan Allah). Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya
[Al-Ma'idah: 4].
** Komentar:* Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya
berhujah bahawa jikalau anjing memang najis, bagaimana Allah akan
membenarkan penggunaannya untuk berburu. Tentu sekali binatang buruan
akan diterkam dan digigit oleh anjing perburuan lalu terkena air liurnya
atau peluhnya. Allah bukan sahaja membenarkan pengunaan anjing untuk
berburu malah mengira tangkapannya sebagai sembelihan yang sah. Binatang
buruan yang ditangkap oleh anjing jika mati, dibenarkan kita memakannya
walaupun tidak disembelih dan disamak (dibasuh tujuh kali atau lapan
kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air tanah yang suci)
terlebih dahulu. Ini menunjukkan anjing bukan sahaja sejenis binatang
yang suci zatnya malah sejenis binatang yang sangat istimewa menurut Al-Qur'an.
Imam Bukhari dan lain-lain juga mengemukakan satu hadits riwayat
Ibnu `Umar yang menunjukkan anjing adalah sejenis binatang yang suci, iaitu:
قَالَ كَانَتْ الْكِلَابُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ
Bermaksud: Ibnu `Umar r.a berkata, "Anjing-anjing kencing, masuk dan
keluar di dalam masjid di zaman Rasulullah saw. Tetapi mereka (para
sahabat) tidak merenjis pun tempat di mana terkena kencing dan tapak
kaki anjing-anjing itu. [hadits riwayat Bukhari, Abu Daud, Baihaqi,
Thahawi dan lain-lain].
** Komentar:* Jika anjing memang najis tentulah para sahabat tidak akan
membiarkannya keluar masuk begitu di dalam masjid. Mereka pasti akan
menghalaunya keluar daripada masjid. Para sahabat bahkan tidak merenjis
pun tempat-tempat yang dipijak dan terkena kencing anjing. Ini
menunjukkan anjing tidak najis pada pandangan mereka.
Hadits Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh beliau (Bukhari)
sendiri, Imam Ahmad dan lain-lain juga menunjukkan anjing adalah
binatang suci (bersih) seperti binatang-binatang lain yang suci iaitu:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ
الْعَطَشِ فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ
Bermaksud: Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi saw, " Bahawa
sesungguhnya ada seorang lelaki nampak seekor anjing sedang memakan
tanah yang basah kerana dahaga. Maka orang itu pun mengambil khufnya
lalu mencebuk air dengannya untuk diberikan kepada anjing tersebut.
Orang tadi terus meminumkan kepada anjing tersebut sehingga ia puas.
Allah berkenan kepada perbuatan orang itu. Maka kerananya Dia
memasukkannya ke dalam syurga."
** Komentar:* Imam Bukhari berpendapat Allah tidak akan berkenan kepada
perbuatan seseorang yang salah di sisiNya. Nabi saw pula tidak
menjelaskan tentang jadi najis atau tidak khuf orang itu kerana anjing
telah menjilat air di dalamnya. Apa yang ada di dalam hadits ini ialah
sanjungan dan penghargaan daripada Allah kepada orang tersebut kerana
budi baiknya terhadap anjing yang dahaga.
Syukran yang sudi membantu memberi pendapat dan pandangan berkenaan artikel ini..saya minta maaf tidak dapat membalas secara keseluruhannya disebabkan masa yang tidak mengizinkan...saya sentiasa mengalu2kan sesiapa sahaja yang sedia melontarkan idea-idea yang berkaitan hukum ini..semoga kita semua dapat berkongsi ilmu demi kemaslahatan umat Islam..
Assalam Ustaz..
sy pkrje kontrak dan pnah bkerja di sbuah pasar cina..sy trsentuh air yg mngndungi sembelihan babi..kmudian sy cuci tgn sy mggunakan sabun dan air biasa..blom samak..sgala praltan sy dh sntuh dgn tgn seperti jam,telefon,laptop,beg dn mcm2 lg..apakh tgn sy msih bleh memindhkn najis ke tmpat len?adakh cara yg khusus utk sy samak brg2 sy..tme ksih Ustaz sbb mmbntu..
Nice info.. Kat rumah ni ade 2 ekor anjing jermansheepherd.. Buat berburu.. Well trained n clever.. Apa yg sy blaja x mnimbulkan apapun masalah pd haiwan buruan yg dibawa pulang.. Potong bahagian yg digigit dn berilah pd anjing tersebut.. Anjing 2 ekor tu pon sgt berguna untuk mnjaga ladang pisang ayah sy drpd diganggu beruk dan babi. tp sy nk tnya la jgk skit, msalah nye anjing 2 ekor tu terlampau manja.. Risau x perasan dijilat or something..cmner tu?? Then boleh x air tanah tu dh siap bancuh tarok dalam tong.. waktu nk bersamak just cedok je..boleh ke?? Ke mmg stiap kali nk bersamak kne cari tanah suci..?
assalammualaikum ustaz,,sy nak tyee,,kwn sy duduk satu rumah dgn non muslim(chinese),seperti yg kita tahu,,chinese memang mkn dging babi,,tetapi kwn sy tetap menggunakan sabun pinggan yg digunakan juga oleh chinese itu,,jd perlu ke kwn sy utk samak?sekiranya die perlu samak,,die sudah memegang banyak benda seperti beg duit dan sebagainya,,perlu ke die samak semua brg2 tersebut?terima kasih..
salam..nak tahu babi nie haram d makan je kan..tapi kenapa JAKIM cakap babi nie haram sebab dia najis berat? musyikil..kalau anjing lain lah sebab air liur dia..kalo babi sebab hidung dia yg basah kot..hehe..
hukum anjing dan babi
http://mahyosof-mahyosof-kitabsuci.blogspot.com/2014/11/urd-hukum-anjing-dan-babi-mengikut.html
haram anjing dan babi
http://mahyosof-mahyosof-kitabsuci.blogspot.com/2014/11/urd-hukum-anjing-dan-babi-mengikut.html
haram anjing dan babi
http://mahyosof-mahyosof-kitabsuci.blogspot.com/2014/11/urd-hukum-anjing-dan-babi-mengikut.html
Asslamualaikum pak ustad.
Sy mau tanya..jika kmasan babi yg bsah krna diletkan didlm frozen..dan kita memegangya..apa kah itu kita terkena najis mugholazoh atau tidak.trimakasih..
Wassalamualaiikum.
Terbaikkkk...
pasal perburuan, memanglah halal kerana anjing itu menggigit haiwan. menggigit sesama kita dan kita ambil haiwan perburuan tersebut. Bakteria berbahaya itu tidak ada masalah antara sesama haiwan. Tetapi berbahaya jika terkena manusia kerana itu diwajib samak. Kalau air liurnya tersentuh direct dgn kita barulah kena samak.
KTA DANA TUNAI TANPA JAMINAN UNTUK APAPUN KEBUTUHAN ANDA . INGIN LIBURAN.RENOVASI RUMAH.PENDIDIKAN.KESEHATAN DLL KITA BANTU PROSES BUNGA 1.99% PROVISI 1.75% UNTUK PENGAJUAN SYARAT LAMPIRAN NYA FC KTP NPWP KARTU KREDIT LIMIT MIN 5 JUTA DAN SUDAH BERJALAN 1 TH . COVER TABUNGAN MELAYANI NASABAH SELURUH INDONESIA BERKAS DAPAT DIKIRIM VIA EMAIL DI rooly88@gmail.com SETELAH BERKAS SAMPAI AKAN DI VERIVIKASI VIA TELPON . PROSES MAKSIMAL 14 HARI KERJA. DANA CAIR 2-3 KALI LIMIT KARTU. JUMLAH PINJAMAN 10-300 JUTA TENOR 36 BULAN. ALAMAT KANTOR KAMI DI PT MIP AGENCY RUKO PANDANARAN LANTAI DUA SEMARANG JL PANDANARAN SEBELUM LAWANG SEWU . BERKAS 100% AMAN DAN RESMI BANK LIHAT PROFIL DI FACEBOOK CHAIRUL SARTO UTOMO Info pengajuan 085600125176 pin 52B77BDC email rooly88@gmail.com Terima Kasih
Asaalammualaikum ustaz. .. sy mhu bertanya tentang hukum seseorang memegang duit dari peniaga babi walhal dia tidak tahu org itu ada lah peniaga babi..apakah hukum nya.. dan bagaimana keadaan barang2 yg di pegang sebelum mengetahui peniaga itu menjual babi..
Asaalammualaikum ustaz. .. sy mhu bertanya tentang hukum seseorang memegang duit dari peniaga babi walhal dia tidak tahu org itu ada lah peniaga babi..apakah hukum nya.. dan bagaimana keadaan barang2 yg di pegang sebelum mengetahui peniaga itu menjual babi..
Terima kasih ustad
Assalammualaikum
saya ingin bertanya kepada ustaz, saya ada memelihara kucing jalanan dan memberi makan kucing2 saya dan sekarang ini ada seekor anjing jalanan juga menumpang makan dirumah saya, dan sekarang anjing tersebut tidak mahu pergi dan terus tinggal disitu jadi saya sediakan kotak untuk dia tido dan brehat, yg menjadi masalah sekarang jiran-jiran saya tidak senang hati kerana anjing tersebut tinggal di kawasan rumah saya sehingga mereka mengatakan yg tanah rumah saya haram untuk dipijak dan kucing2 saya juga haram utk disentuh sedangkan kucing saya tidak bergaul mesra dengan anjing tersebut, jadi ustaz apakah tanah saya haram utk dipijak dan benarkah malaikat tidak masuk ke rumah yang ada anjing?
terima kasih
Assalamu'alaikum
saya ingin bertanya bagaimana cara menyamak laptop atau hp saya ketika saya tidak sadar memegang dging babi, mohon penjelasannya
Karna Babi itu Mahkluk Allah SWT, maka TIDAK MASUK AKAL & TIDAK BERPRIKEMANUSIAAN kalau harus Diharamkan, dicaci & dijauhi sedemikian Rupa, kalau begitu MAKAN saja hingga kenyang, pegang saja dengan kasih sayang..!
Oke Kami Jawab:
Kalau Begitu, PENJAHAT, KORUPTOR, PEZINAH, PEMBUNUH, TUKANG SIHIR, mereka semua itu juga MAHKLUK ALLAH, sehingga TIDAK MASUK AKAL & TIDAK BERPRIKEMANUSIAAN kalau harus DIMUSUHI, DIJAUHI, DICACI & DIMAKI sedemikian Rupa. Karenanya LINDUNGI, SAYANGI, TEMANI, KASIHI SAJA MEREKA DENGAN SENANG..!
Liberal Goblookk!
salam ustaz,tanah yang disodok dan bekas2 kubangan babi najis tak kalau terkena anggota badan.? dan saliran air yang dilalui babi pun terkena anggota badan..,?
Assalamualaikum.
Saya pernah memegang daging babi tidak sengaja. Tapi dagingnya itu sudah menjadi produk olahan sperti sosis yang dibungkus pake kresek. Tapi karena sosinya dingin jadi sosisnya mengeluarkan air uap es dan muncul di permukaan kreseknya. Nah bagaimana terhadap kasus yg saya alami?
Assalamualaikum ustaz,say zira.saya pelajar dan juga pekerja diluar negara.saya bekerja di bakery seorang enggeris dan ada babi dalam penyediaan tersebut.saya memcari kerja merata2 tempat tiada hanya situ saja tempat yg mahu ambil saya bekerja.saya terpaksa kerja untuk menampung hidup saya di sini.bila saya balik tumah dari tempat kerja,kadang2 saya lupa hendak samak tangan saya,saya terus masak.adakah haram makanan saya masak tadi tu?jika buang saya membazirkan lauk tersebut..boleh ustaz tolng jelaskan?jika saya pegang daging babi tersebut dan saya belum samak apakah hukum nya saya memegang semua benda masa saya belum samak?confius saya ni.harap ustaz boleh tolong jelaskan.terima kasih
klu x samak, ibadah kite xdterima tuhan.. (solat,zakat dll) pling takot klu nk nikah.. tp klu pgang bnda laen xde msalah.. bnda tu xkn jd haram.. kcuali kalau lepas pgang babi trus pgang bhan2 yg nk dmsak tu.. wallahualam..
Saya bekerja di sebuah syarikat yang memberi service basuh pinggan di Singapore. Situasinya saya kena basuh pinggan yang ada bekas babi dan dan arak. Apa hukum gaji saya ? Saya niat nak cari rezeki sahaja. Mohon pencerahan
Berikan nas-nas yg menyatakan wajib samak jika sentuh khinzir
Post a Comment